...............

May 10, 2010

Sambutan Maulidur Rasul 2010

Salam 1 Malaysia buat warga SMK Tenggaroh A. Salam Maulidur Rasul untuk semua.Bertepatan dengan tajuk utama program ini "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah". Maulidur Rasul di SMK Tenggaroh 'A' telah di adakan pada 22 April 2010.
Semasa minggu ini dijalankan, banyak aktiviti yang telah dijalankan di sekolah ini. Antaranya ialah pertandingan tulisan khad, bercerita kisah-kisah nabi, kuiz pendidikan islam, tilawah Al-Quran, dan macam-macam lagi taw... dua ekor lembu juga telah disembelih..


Pada Maulidur Rasul di SMK Tenggaroh 'A',semua pelajar beratur di tapak perhimpunan
dan berarak ke dewan beramai-ramai sambil berselawat ke atas Nabi..
Ketika berada di dewan kami mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan..
Selepas itu, persembahan nasyid daripada pelajar-pelajar lelaki asrama..sungguh syahdu suara mereka..
Selesai sahaja persembahan, penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan yang telah dijalankan pada minggu penghayatan islam pun bermula... semua pemenang kelihatan sangat gembira ketika mengambil hadiah,..
Di akhir maulidur rasul ini, kami diagihkan menjadi sekumpulan kecil..haahh..ini kerana kami makan dalam dulang...best sangat..teringat pulak semasa sekolah rendah dahulu... makan ramai-ramai lagi seronok daripada makan sorang-sorang taw..
Selepas itu bersurai dan boleh balik ke rumah...