...............

Jul 22, 2010

Selamat Datang..

Selamat datang diucapkan kepada pengetua SMK (FELDA) Tenggaroh A yang baru, Tn Haji Mohmad bin Hj Hasim. Beliau merupakan bekas pengetua SMK Senggarang Batu Pahat Johor. Sebelum itu beliau pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah di sekitar Johor Bahru. Semoga kehadiran Tuan Pengetua dapat membantu anak-anak FELDA di Tenggaroh menjadi lebih baik sebelum ini dari segi akademik, kokurikulum dan  sebagainya

Majlis Perpisahan bersama Pengetua

Pengetua SMK (FELDA) Tenggaroh A telah berpindah ke SMK Siapu Mersing Johor. Beliau yang telah berkhidmat sejak tahun 2007 hingga 2010 merupakan buru yang sangat berdedikasi. Semoga perpindahan beliau ini dapat menambahkan lagi pengalaman, pengorbanan beliau sebagai pengetua sekolah.Semoga Berjaya. 

Jul 5, 2010

Kelas Asas Komputer 2010

Kelas asas komputer telah diadakan bermula Mei 2010 dan masih sedang berlangsung. Program ini adalah dibawah bimbingan fasilitator schoolnet sekolah. Program ini dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penggunaan ICT yang semakin maju kepada pelajar. Mereka adalah generasi yang menjadi harapan kelak. Semoga dengan kehadiran pelajar dalam program seperti ini dapat mencapai hasrat dan seruan kerajaan " memperkasakan ICT di semua peringkat" . InsyAllah kelas akan berlangsung sehingga hujung tahun ini.

Hari Koperasi Sekolah (HKS)

Tarikh :  27 Jun 2010 - 3 Julai 2010 
Tempat : SMK Tenggaroh A.
Tema :  " KREATIVITI DAN INOVASI MEMPERKASAKAN KOPERASI SEKOLAH". 

Jul 4, 2010

Hari Terbuka 2010
Tempat : SMK (FELDA) Tenggaroh A
Hari : Selasa
Tarikh : 6 Julai 2010

Jun 30, 2010

Perkhemahan Perdana 2010

Perkhemahan perdana akan diadakan di kawasan Pasir Logok Kota Tinggi Johor.Program ini telah diterajui oleh Pusat Kokurikulum sekolah. Seramai 88 pelajar akan mengikuti perkhemahan ini diiringi dengan hampir semua guru SMK Tenggaroh A.

May 22, 2010

Program Straight A

Program Straight A adalah program anjuran SMK Tenggaroh A kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Mersing yang telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Mersing sendiri iaitu En. MD Buang Bin Saibani.Program ini mensasarkan kepada golongan pelajar bersama-sama IbuBapa masing-masing serta Guru-guru yang terlibat dalam peperiksaan utama tahun tersebut