Selamat datang diucapkan kepada pengetua SMK (FELDA) Tenggaroh A yang baru, Tn Haji Mohmad bin Hj Hasim. Beliau merupakan bekas pengetua SMK Senggarang Batu Pahat Johor. Sebelum itu beliau pernah berkhidmat di beberapa buah sekolah di sekitar Johor Bahru. Semoga kehadiran Tuan Pengetua dapat membantu anak-anak FELDA di Tenggaroh menjadi lebih baik sebelum ini dari segi akademik, kokurikulum dan sebagainya
SMK (FELDA) Tenggaroh A
Jul 22, 2010
Jul 5, 2010
Kelas Asas Komputer 2010
Kelas asas komputer telah diadakan bermula Mei 2010 dan masih sedang berlangsung. Program ini adalah dibawah bimbingan fasilitator schoolnet sekolah. Program ini dilakukan adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang penggunaan ICT yang semakin maju kepada pelajar. Mereka adalah generasi yang menjadi harapan kelak. Semoga dengan kehadiran pelajar dalam program seperti ini dapat mencapai hasrat dan seruan kerajaan " memperkasakan ICT di semua peringkat" . InsyAllah kelas akan berlangsung sehingga hujung tahun ini.
Hari Koperasi Sekolah (HKS)
Tarikh : 27 Jun 2010 - 3 Julai 2010
Tempat : SMK Tenggaroh A.
Tema : " KREATIVITI DAN INOVASI MEMPERKASAKAN KOPERASI SEKOLAH".
Jun 30, 2010
Perkhemahan Perdana 2010
Perkhemahan perdana akan diadakan di kawasan Pasir Logok Kota Tinggi Johor.Program ini telah diterajui oleh Pusat Kokurikulum sekolah. Seramai 88 pelajar akan mengikuti perkhemahan ini diiringi dengan hampir semua guru SMK Tenggaroh A.
May 22, 2010
Program Straight A
Program Straight A adalah program anjuran SMK Tenggaroh A kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Mersing yang telah dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Mersing sendiri iaitu En. MD Buang Bin Saibani.Program ini mensasarkan kepada golongan pelajar bersama-sama IbuBapa masing-masing serta Guru-guru yang terlibat dalam peperiksaan utama tahun tersebut
Subscribe to:
Posts (Atom)